Monday, October 22, 2012



AYAT SERIBU DINAR :TERJEMAHAN DAN CARA BACAANNYA.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3)
Amalkan ayat ini dengan membaca, menghafal dan memahami pengertian yang tersirat disebaliknya. Gantungkan harapan kepada Allah bukan digantung ayat ini sebagai hiasan dinding di rumah. Dibaca bila jiwa resah, buntu, kesempitan, kegelapan, bila rasa takut ada gangguan ghaib, mengharap penyelesaian buat semua permasalahan duniawi….pasrahkan diri kepadaNya, hanya dia yang dapat membuka jalan keluar untuk kita. Bacalah juga selalu atau jadikan sebagai sebahagian doa/wirid harian….kaifiat yang lain-lain tu rasanya ramai yang dah tahu dan boleh beri penjelasan mendalam.
Saya mendengar guru saya berpesan supaya diamalkan doa seribu dinar ini 40 x sehari selama 41 hari…katanya ”maka insyaallah pergantungan kita pada allah semakin mantap…..pertolongan dari semua arah…..” Pada ayat ini ada membawa panduan pergantungan yang mutlak yakni Tawakal kepada Allah…
Tok Guru juga beri pesan….ayat tidak memberi bekas…pergantungan kita bila membaca  apa sahaja ayat dan doa hanyalah kepada, siapa lagi, jika bukan pada Tuan Yang Empunya ayat, dan bukan pada ayat itu…boleh faham tak?

No comments:

Post a Comment